Makna
by : Rich_JABraKHail
Aku mati
Mati
kerana lemas
Lemas di
dalam kanca hidup yang tidak menentu
Ketentuan
ini terpaksa ku terima
Terima
walau tak merelakannya
Aku mati
Mati
kerana pengkhianatan
Pengkhianatan
yang menyebabkan kebobrokan jiwa ini
Entah
jika mampu bertahan untuk masa yang lama
Aku mati
mati
kerana persoalan
persoalan
yang ku cari tidak terjawab hingga kini
hingga
kini ku menanti dan ku mencari
makna
Kematian itu …







