Isnin, 15 Februari 2016

Puisi : Makna

Puisi ini saya cipta sendiri. entah tiba-tiba semangat tapi masa tu tiada idea. jadi ini ja yang mampu.


Makna
by : Rich_JABraKHail

Aku mati
Mati kerana lemas
Lemas di dalam kanca hidup yang tidak menentu
Ketentuan ini terpaksa ku terima
Terima walau tak merelakannya

Aku mati
Mati kerana pengkhianatan
Pengkhianatan yang menyebabkan kebobrokan jiwa ini
Entah jika mampu bertahan untuk masa yang lama

Aku mati
mati kerana persoalan
persoalan yang ku cari tidak terjawab hingga kini
hingga kini ku menanti dan ku mencari
makna Kematian itu …


1 ulasan: